curly's FotoPage

By: curly sue

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Friday, 2-Nov-2007 08:22 Email | Share | | Bookmark
Sharmeela Aleeya Maisarah

meela
Ini ialah gambar anak saya yang latest dan bongsu. Namanya Sharmeela Aleeya Maisarah. Dilahirkan pada 17 Mac 2007 tiga hari sebelum hari lahir saya yang ke 33 tahun... Sharmeela atau nama manjanye meela mempunyai dua orang kakak. Kakaknya yang sulung namanya Shereen Areena Maisarah berumur 8 tahun manakala yang kedua pula namanya Sharmaine Alyssa Maisarah berumur 4 tahun.

Ketiga-tiga mereka dilahirkan secara caesarian. Ini adalah kerana Shereen didapati sudah lemas di dalam perut. Sebenarnya dia dah over due dalam perut saya lebih kurang 25 hari.. Anak sulunglah katakan... tak ade ada pengalaman... perut pun tak sakit walaupun tarikhnya dah lama berlalu... Jiran-jiran semuanya kata jangan pergi hospital kalau tak sakit.. nanti kena paksa bersalinlah. Seriau jugak mendengarnya..

So selepas 25 hari baru keluar tanda nak bersalin. Sampai sepital terus masuk labour room. Doktor kata air ketuban dan tak de... jantung pun lemah... so dorang kata kena masuk operation room. Masa tengah operation tu doktor tu still marah-marah kat saya... Dah lah kita nie risau ... doktor asyik membebel plak ... saya tau lah saya yang salah.... Untuk pengetahuan semua sewaktu operation, pesakit akan dibiuskan separuh badan iaitu dari perut dan ke bawah semuanya dibiuskan


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net